Monday, 9 May 2016

KELUARGAKU SYURGAKU

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




Keluarga adalah umpama syurga bagi kita. Di saat kita ditimpa kesusahan dan tekanan dek kehidupan yang kian mencabar, merekalah tempat dimana kekuatan kita tersimpan. Saya merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Ya, seperti yang dibuktikan di dalam gambar, adik beradik merupakan perempuan semuanya. Tetapi itu tidak menjadi penghalang kepada kami untuk menjadi keluarga bahagia seperti keluarga lain. 

Bonda saya yang tercinta diberi nama Siti Azlina Binti Ismail manakala ayahanda saya pula diberi nama Azhar Bin Ahmad. Ibu saya merupakan suri rumah sepenuh masa dan ayah saya pula merupakan jurutera di kilang SONY. 

Adik saya yang pertama dikurniakan nama Nur Aina Irdina manakala yang kedua diberikan nama Aisyah Humaira dan yang terakhir diberikan Sofiyya Balqis Zahra. Mereka masing-masing berusia 17, 14 dan 10 tahun. 

Saya juga mempunyai keluarga kedua. Mereka merupakan abang-abang , kakak-kakak dan adik-adik yang sudah saya anggap seperti ahli keluarga saya sendiri.


Mereka juga merupakan penyuntik semangat untuk saya tabah dalam menjalani kehidupan.
Kata terakhir daripada saya, terima kasih untuk semua pengorbanan dan kebahagiaan yang telah diberikan.

I <3 MY FAMILY !! ^_^



Sunday, 8 May 2016

DEMI MASA ..


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 




Semua orang di muka bumi ini pasti mempunyai aktiviti yang dikatakan sebagai hobi untuk dibuat di waktu lapang. Begitu juga dengan saya. Saya mempunyai beberapa hobi yang gemar saya lakukan di saat saya diberikan oleh Allah waktu lapang. Antaranya, saya suka mengambil gambar pemandangan seperti pantai, laut dan sebagainya, Bagi saya aktiviti ini amat menarik untuk dilakukan kerana saya bukan sahaja dapat memuaskan diri saya dengan saya melakukan aktiviti ini, tetapi juga saya akan lebih menghargai bumu Allah SWT yang cantik lagi indah ini. Tanpa kita sedari sebenarnya di setiap sudut di atas muka bumi ini, ada sahaja sesuatu yang menarik. Jadi, perhatikanlah, hargailah.



Seterusnya saya amat suka mengedit gambar. Saya akan mengedit gambar dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam telefon pintar saya. Antaara aplikasi yang saya gunakan ialah VSCOCAM, MIX by CAMERA 360 dan PICSART. Dengan aktiviti ini, sesetengah dari gambar yang pada mulanya bagi saya dan bagi sesiapa sahaja yang melihat pasti akan mengatakan, "gambar ini tidak cantik.". Tetapi selepas di edit, barulah kita sedar sebenarnya gambar ini cantik. Cuma kita manusia yang hanya tahu menilai dari segi luaran dan bukannya dalaman.


Selain daripada itu, saya juga gemar mencipta sebuah puisi. Walaupun saya bukanlah seorang pemuisi yang baik, tetapi saya tetap gemar melakukannya. Bagi saya, puisi ini adalah medium untuk saya meluahkan apa yang tersimpan di dalam hati dan disampaikan oleh saya melalui puisi yang tidak seberapa ini. 

Setakat ini sahaja dulu perkongsian tentang aktiviti yang gemar saya lakukan ...