Wednesday, 30 March 2016

Warkah Tentang Aku

                       
Assalamualaikum WBT and hye to all readers !

Untuk entry yang pertama ni biarlah kita berkenalan dulu, nama diberi oleh ayahanda dan bonda tercinta dengan nama Cahaya Penawarku, yakni Nursyafawani Binti Azhar. Tapi kawan-kawan selalunya akan panggil Syafa. Saya dilahirkan pada 10 Februari 1996. Yes guys, I am 90's baby. huhu .. Saya merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik dan yang agak 'rare'nya adik beradik saya semua perempuan. 

Saya dilahirkan di Sungai Petani, Kedah dan menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang. Saya memulakan pendidikan awal di sekolah PASTI yang terdapat berhampiran rumah saya. Kemudian ketika saya berumur 6 Tahun, saya dihantar ke sekolah Tadika KEMAS yang merupakan sekolah yang lagi berdekatan dengan rumah saya. Saya menyambung darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Paya keladi (SKPK), kemudian saya melanjutkan tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad (SMKA Al-Irshad) di mana di sini tersimpan beribu kenangan yang tak mungkin akan dilupakan kerana disinilah proses membesar atau proses beralih alam dari seorang kanak-kanak ke seorang remaja berlaku. Setelah tamat tingkatan 5 di sekolah tersebut, saya dihantarkan ke Kolej Matrikulasi Pahang nun jauh di sana (KMPH). Walaupun hanya setahun di sini, tetap juga saya diberi beribu pengalaman dan kenangan yang membuatkan saya mengerti apa itu kehidupan. Kemudian saya dimurahkan rezeki oleh Allah SWT untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading di sebuah universiti pengurusan terkemuka iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM) yang hanya 1 jam 30 minit daripada rumah saya. 

Apa yang saya minati ialah, saya suka mengedit gambar. Kebanyakan gambar yang saya edit adalah gambar pemandangan hasil lukisan terindah Allah SWT. Saya mengedit gambar dengan menggunakan 'apps' seperti mix apps, phonto, vscocam dan picsArt yang terdapat di dalam telefon pintar saya untuk mengedit gambar. Minat ini mula timbul sejak saya mula belajar untuk berjinak-jinak dengan Instagram. Di situ saya berkenalan dengan ramai kenalan yang amat kreatif dalam mengedit gambar. Selain daripada itu, saya juga suka membaca. Buku terbitan yang paling saya minati ialah FIXI, DUBOOK dan LEJEN PRESS, Buku-buku hasil terbitan syarikat-syarikat ini amat lain daripada yang lain, kerana itulah saya lebih tertarik untuk membaca buku terbitan mereka.

Setakat ini sahaja dulu, moga Allah permudahkan urusan kalian. 



1 comment: